Sunday, December 4, 2011

Proses Rawatan Air: Pra-Rawatan Air Mentah

Sumber air terdiri daripada berbagai sumber seperti: Sungai, Empangan, Tasik dan Air Bawah Tanah.


Sumber air yang berlainan membawa maksud kepelbagaian kualiti air yang akan dirawat. Terdapat air mentah yang mengandungi kadar Ammonia yang tinggi seperti sungai yang dikelilingi kawasan perindustrian dan kandungan logam berat yang agak tinggi seperti Mangan dan Ferum pada air di Empangan serta sumber Air Bawah Tanah. Hal ini mewujudkan satu keperluan untuk menjalankan pra-rawatan bagi menyesuaikan penggunaan sumber air tersebut ubtuk dirawat. 

Proses Pra-Rawatan Air yang biasa dilakukan adalah Pengudaraan. Pengudaraan bertujuan untuk menguraikan segala logam terlarut dan juga organik didalam air agar ia tidak mengganggu sistem rawatan seterusnya. Pengudaraan juga mempunyai pelbagai tahap mengikut kualiti air mentah yang diterima.


Selain itu, terdapat beberapa Proses Pra-Rawatan Air yang digunakan seperti mengurangkan kandungan Ammonia dengan menambah larutan Zeolite dan juga penambahan Activated Carbon

"Merawat Air Untuk Di Minum Adalah Satu Ibadah"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...