Showing posts with label Alam sekitar. Show all posts
Showing posts with label Alam sekitar. Show all posts

Monday, May 28, 2012

Zeolite (Sodium Aluminosilicate)


Aplikasi Zeolite ni dah mula dijalankan di beberapa loji di Malaysia walhal teknologi ni dah lama sangat dibincangkan dan dikaji. Hasil kajian dan pelaksanaan telah mendatangkan kesan yang positif dimana Zeolite ni dapat mengurangkan sehingga 60-80% kandungan Ammonia didalam air mentah.

Berikut merupakan gambar salah satu projek pengedosan Zeolite yang telah dilaksanakan dan telah siap sepenuhnya pada awal Mei 2012.



Projek ni meliputi stor berkapasita 5MT, 2 Mixing Tank (HDPE), 2 motorized mixer, 2 gravity doser, 2 dosing ejector, dan motive water bagi pengaliran campuran Zeolite ke Muka Sauk loji. Antara loji yang telah mengaplikasikan Zeolite ini adalah Loji Bukit Tampoi, Loji Sungai Cheras, dan Loji Salak Tinggi.

Sunday, April 15, 2012

Proses Rawatan Air: Pra-Rawatan Air Mentah (Zeolite dan Karbon Teraktif)


Berita diatas ini tahun 2007. Status sekarang belum saya tahu lagi. Mungkin dapat dicari dalam masa yang terdekat ini.

Terdapat pelbagai permasalahan yang terjadi akibat kekurangan pemantauan serta penguasaan akta bagi memelihara sumber air mentah. Hal ini mendatangkan masalah yang berat bagi pengoperasian Loji Rawatan Air Mentah kerana melibatkan peningkatan kos bahan kima dan lain-lain lagi. Antara masalah yang berlaku adalah:

1) Masalah kandungan Ammonia yang tinggi yang juga mendatangkan masalah bau.

2) Kandungan logam berat seperti Mangan (Mn) dan Ferum (Fe) yang tinggi.

3) Lapisan minyak serta lemak.

Antara bahan yang dapat menyingkirkan atau mengurangkan masalah-masalah diatas adalah dengan menggunakan bahan agen penyerapan (adsorption agent) iaitu Zeolite (Sodium Aluminosilicate) dan Karbon Teraktif (Activated Carbon). Dua jenis agen penyerapan ini telah digunakan secara meluas di beberapa buah loji rawatan air minum di seluruh Malaysia.

Terdapat dua pilihan untuk menggunakan agen penyerapan Zeolite dan Karbon Teraktif iaitu pada sebelum air mentah memasuki mixing chamber iaitu di rawat pada rumah pam air mentah (raw water intake). Yang keduanya, pada penapis pasir (sand filter) iaitu selepas proses koagulasi dan pemendakan.

Pilihan pertama memerlukan bahan tersebut dalam keadaan serbuk (powder) supaya dapat memaksimakan tindakbalas kimia berlaku. Selain itu, ia juga menjadi ejen pemberat yang dapat memaksimakan proses koagulasi.

Pilihan kedua memerlukan bahan tersebut dalam bentuk kasar (gravel) supaya sesuai digunakan didalam filter bersama pasir. Hal ini adalah kerana untuk meminimumkan pelepasan atau pemgurangan sewaktu proses cucian backwash dijalankan.

Sunday, December 4, 2011

Proses Rawatan Air: Pra-Rawatan Air Mentah

Sumber air terdiri daripada berbagai sumber seperti: Sungai, Empangan, Tasik dan Air Bawah Tanah.


Sumber air yang berlainan membawa maksud kepelbagaian kualiti air yang akan dirawat. Terdapat air mentah yang mengandungi kadar Ammonia yang tinggi seperti sungai yang dikelilingi kawasan perindustrian dan kandungan logam berat yang agak tinggi seperti Mangan dan Ferum pada air di Empangan serta sumber Air Bawah Tanah. Hal ini mewujudkan satu keperluan untuk menjalankan pra-rawatan bagi menyesuaikan penggunaan sumber air tersebut ubtuk dirawat. 

Proses Pra-Rawatan Air yang biasa dilakukan adalah Pengudaraan. Pengudaraan bertujuan untuk menguraikan segala logam terlarut dan juga organik didalam air agar ia tidak mengganggu sistem rawatan seterusnya. Pengudaraan juga mempunyai pelbagai tahap mengikut kualiti air mentah yang diterima.


Selain itu, terdapat beberapa Proses Pra-Rawatan Air yang digunakan seperti mengurangkan kandungan Ammonia dengan menambah larutan Zeolite dan juga penambahan Activated Carbon. 

"Merawat Air Untuk Di Minum Adalah Satu Ibadah"

Monday, January 17, 2011

Kitar Semula Semudah ABC

Salam, sebagai salah seorang graduan pengajian sains alam sekitar, tuan blog dengan secara rasminya nak ajak 1Malaysia bersama-sama jadikan budaya kitar semula sebagai hobi mahupun cara hidup. Mungkin benda ni nampak payah atau susah dan seumpama dengannya, banyak faedah yang akan kita dapat secara langsung dan tak langsung.

Konsep kitar semula menurut pandangan tuan blog.



Kitar semula sebenarnya adalah salah satu mekanisma pengurangan penggunaan bahan tidak boleh diperbaharui (non-renewable energy) di samping mengurangkan longgokan sampah. Dengan ini, akan dapat memelihara sumber-sumber terbabit untuk generasi akan datang.

Langkah-langkah kitar semula.

A. Kumpul bahan-bahan kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan elektronik yang tidak diperlukan lagi.

 
B. Hantar atau telefon pusat pengumpulan atau pusat kitar semula untuk mengambil barang tersebut.






C. Terima sedikit imbuhan (wang) hasil jualan anda. walaupun tak banyak, lepas jugak beli choki-choki.



Mudah kan? Jadikan kitar semula hobi kita. JomRecycle!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...