Sunday, April 15, 2012
Proses Rawatan Air: Pra-Rawatan Air Mentah (Zeolite dan Karbon Teraktif)
Berita diatas ini tahun 2007. Status sekarang belum saya tahu lagi. Mungkin dapat dicari dalam masa yang terdekat ini.
Terdapat pelbagai permasalahan yang terjadi akibat kekurangan pemantauan serta penguasaan akta bagi memelihara sumber air mentah. Hal ini mendatangkan masalah yang berat bagi pengoperasian Loji Rawatan Air Mentah kerana melibatkan peningkatan kos bahan kima dan lain-lain lagi. Antara masalah yang berlaku adalah:
1) Masalah kandungan Ammonia yang tinggi yang juga mendatangkan masalah bau.
2) Kandungan logam berat seperti Mangan (Mn) dan Ferum (Fe) yang tinggi.
3) Lapisan minyak serta lemak.
Antara bahan yang dapat menyingkirkan atau mengurangkan masalah-masalah diatas adalah dengan menggunakan bahan agen penyerapan (adsorption agent) iaitu Zeolite (Sodium Aluminosilicate) dan Karbon Teraktif (Activated Carbon). Dua jenis agen penyerapan ini telah digunakan secara meluas di beberapa buah loji rawatan air minum di seluruh Malaysia.
Terdapat dua pilihan untuk menggunakan agen penyerapan Zeolite dan Karbon Teraktif iaitu pada sebelum air mentah memasuki mixing chamber iaitu di rawat pada rumah pam air mentah (raw water intake). Yang keduanya, pada penapis pasir (sand filter) iaitu selepas proses koagulasi dan pemendakan.
Pilihan pertama memerlukan bahan tersebut dalam keadaan serbuk (powder) supaya dapat memaksimakan tindakbalas kimia berlaku. Selain itu, ia juga menjadi ejen pemberat yang dapat memaksimakan proses koagulasi.
Pilihan kedua memerlukan bahan tersebut dalam bentuk kasar (gravel) supaya sesuai digunakan didalam filter bersama pasir. Hal ini adalah kerana untuk meminimumkan pelepasan atau pemgurangan sewaktu proses cucian backwash dijalankan.
Labels:
air sumber kehidupan,
Alam sekitar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment