Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

Thursday, August 4, 2011

Saya Sayang Malaysia

Bulan ni merupakan Bulan Kemerdekaan. Bagaimanakah kita sebagai warga Malaysia yang berwibawa nak menunjukkan kita Sayang Malaysia? Adakah dengan hanya meletakkan bendera Malaysia pada kenderaan, menghiasi rumah dengan bendera Malaysia atau memakai pakaian yang memaparkan kita Sayangkan Malaysia?


Bagaimana pula dengan minda kita sebagai anak Merdeka? sebagai Bangsa Malaysia atau pun 1Malaysia? Adakah kita telah bersedia dari segi mental dan rohani serta jasmani untuk mencapai Wawasan 2020 yang tinggal 8 tahun lebih saja lagi? 



Fikir maju kedepan agar kita Bangsa Malaysia (Melayu, Cina, Indian, dan pelbagai kaum lain) bersatu dalam menjana sosioekonomi negara dengan matlamat menjadikan Malaysia negara maju setaraf dengan Jepun yang pernah menjajah kita di suatu ketika dahulu.

Sekiranya tanpa reformasi, adakah tiada jalan lain yang boleh diadaptasikan untuk mengubah tatacara pimpinan serta pengagihan kuasa ekonomi dengan adil? Adakah kepentingan diri sendiri itu perlu diutamakan berbanding kepentingan Bangsa nya? Adakah Bangsa kita telus dan jujur diantara kaum yang berlainan? 

Ingat, Tuhan tidak akan mengubah nasib hambanya melainkan kita mengubah nasib diri kita sendiri, barulah Tuhan akan memberikan segunung bantuan untuk kita berjaya memajukan diri kita.


* pesanan dan persoalan ini adalah buah fikiran seorang hamba yang kerdil di bumi Malaysia ini.

Tuesday, June 21, 2011

Who Moved My Cheese?

Who Moved My Cheese?: An Amazing Way to Deal with Change in Your Work and in Your Life
Who Moved My Cheese? mengisahkan mengenai 2 ekor tikus yang telah menjumpai satu stor cheese yang besar setelah jauh mengembara. Si tikus A dan si tikus B merasa nikmat yang amat sangat setelah menjumpai tempat tersebut. Setelah beberapa lama, stok cheese mereka semakin berkurangan. Hal ini membimbangkan mereka berdua. Si Tikus B mencadangkan mereka berdua mengembara lagi untuk mencari tempat yang lain. Si Tikus A tidak bersetuju dengan cadangan Si Tikus B. Akhirnya Si Tikus B pergi mengembara berseorangan. 

Setelah beberapa lama mengembara, Si Tikus B telah menjumpai tempat simpana Cheese yang teramatlah besar dan tidak akan habis selama beberapa abad. Inilah hasilnya apabila Si Tikus B ingin berubah dengan melakukan pengembaraan lagi untuk mencari stok makanan yang lebih banyak. 

Kisah ini mengisahkan supaya kita jangan sesekali berada di suatu keadaan yang selesa sahaja kerana dunia selalu berubah. Perubahan dunia akan turut menjejaskan kedudukan selesa kita itu. Jadi, cubalah berubah dengan mencari inovasi baru atau peluang baru agar kehidupan kita lebih selesa daripa yang sebelumnya.

Friday, March 18, 2011

Officially, I Am Married



Terima kasih kepada semua saudara-mara, sahabat handai, kenalan dan sesiapa sahaja yang hadir memeriahkan lagi suasana Majlis. Saya dengan ini meminta maaf kerana tidak dapat melayan kesemua anda disebabkan adanya sesi pengambaran di luar. Terima Kasih!

Thursday, February 24, 2011

Belajar Bahasa Jepun Percuma

 source (KIDS-WEB-JAPAN)

Yup, dulu masa kat U, ade amik course Bahasa Jepun. Tapi amik Level 1 je. Level 2 malas pulok nak sambung belajo. Sekarang ni dah rase rugi pulok tak sambung belajo Level 2. Kalau tak bolehla cakap-cakap skit.

Kepada yang berminat nak belajo Bahasa Jopun, boleh pegi website kat bawah ni. Free jer. Takde charge pun.

Tuesday, February 1, 2011

Kisah Aku Masa Sekolah Berasrama Penuh Dulu


Dulu, tamat darjah 6, aku cuma dapat 4A 1B je. Untuk warga penduduk kampung, setakat 4A 1B dah boleh apply masuk SBP. SBP yang aku masuk tu terletak di Cheras bersebelahan Maktab Perguruan Ilmu Khas dan Sekolah Sains Alam Shah (dulunya Sekolah Alam Shah). Aku start masuk masa Form 1. Semua budak yang belajar kat sekolah wajib duduk asrama. SBP aku ni campur maksudnya ada laki dan perempuan. Ini antara ringkasan hasil aku duduk asrama selama 5 tahun. 

Masa Form 1 

2 minggu sekali mak ayah aku datang. Yela, anak sulong masuk asrama penuh. Mak aku kate aku penah nangis sebab homesick, tapi entahla. Perkara memalukan macam tu manela kita nak ingat. Hehee. Aku masuk rumah kuning iaitu 'Panglima' dan dijaga oleh Abg Zaifanie Mirza (sekarang dah jadi cekgu). Boleh kata selalu ade brader upper form datang kat blok form 1 (blok form 1 diasingkan atas tujuan keselamatan) pau makanan. Tapi yang bestnya diorang banyak cerita hantu kat kitorang sampai takut nak tido malam (siap rapatkan katil double-decker tu).

Masa form 1 ni banyak jugak 'ragging' nya. Paling tak dapat lupe bile member kena lempang sampai berdarah bibir. Ganas tol brader upper form mase tu. Pastu ade member kena sampuk sampai dia kate dia pandang kitorang semua takde kepala. Member tu budak rumah Pendekar (Hijau). Masa form 1 badan ku agak besar tapi kurang besar daripada Adrus dalam filem 'Tentang Bulan' tu. Kat sekolah nilah aku first time aktif bersukan. Dulu time sekolah rendah takat naik beskal round kampung je. Hehee.

Form 2

Masa Form 2, dah kena serap masuk duk dengan senior. Time ni kaw-kaw kena suruh macam-macam contohnya beli nasi kat kantin, basuh baju dan gosok baju. Aktiviti tegur-menegur masih berleluasa. Aku dapat duduk kat bilik yang penuh dengan AJK rumah Panglima. Memang Otai-otai belaka. Tapi aku respect diorang sebab adakalanya diorang pun bantu aku jugak. Ade sekali satu dorm tolong aku bagi idea nak wat lukisan. dan lastly, lukisan tu sekadar mampu mendapat A-, syukur Alhamdulillah. Aktiviti sukan masih seperti biasa, masih mencari sukan ape nak aku betul-betul serius menceburinya.

Form 3

Aktiviti basuh membasuh dah mula berkurangan sebab form 2 dah masuk. Lapang sikit masa yang ada. Masa ni masing-masing struggle nak hadapi PMR. dan syukur dapat No 1 Pringkat Kebangsaan bagi tahun 2002. Result aku Alhamdulillah dapat 8A. Masa ni jugak aku dah jumpe sukan yang aku rase aku boleh main iaitu Ragbi dan Basketball. Ragbi aku join sampai masuk Kejohanan MSSM Milo Bawah 15 Peringkat Kebangsaan di UUM Sintok, Kedah. Dapatla sampai Quarter-Final. Aku sekadar pemain gantian je. Jadila kan..Hehee..Basketbal pun masa Form 5 takat sampai Quarter-Final Peringkat Zon Tengah kat Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya. 

Form 4

Masuk form 4 dah mula pening dengan subjek yang agak sukar bagi aku. Add math, Kimia dengan fizik aku agak ketinggalan berbanding rakan yang lain. Tak pernah dapat B apetah lagi nak dapat A. siap kena kelas tambahan lagi. Time form 4 masih aktif bersukan dan ade jugak ikut pergi ke mana-mana kejohanan. Pemain simpanan je. Aku tak tau kenapa aku tak berapa rapat dengan budak-budak ragbi lain mase tu. Mungkin perwatakan yang pendiam kot. Tapi, tahun tu aku terpaksa declare dgn coach Cikgu Raja sebab mak aku tak bagi aku join lagi Ragbi. Sedih giler sampai tiap-tiap kali member berlatih, aku sekadar mampu melihat dari jauh aje. Time ni jugak aku dapat join Kelab Fotografi dengan jadi Pembimbing Rakan Sebaya. Pernah kantoi merokok jugak waktu ni.

Form 5

Waktu puncak alam persekolahan. Aku dilantik jadi Pres Kelab Fotografi, dan Pengawas sekolah gantian sebab ade member terpaksa lucut jawatan atas sebab yang tak dapat dielakkan. Kiranya, aku ni just pilihan terakhir lah. Hahaa. So, untuk persediaan SPM, semua Form 5 study kat dewan makan. Masih kena kelas tambahan lagi sebab keputusan yang langsung tak memuaskan. Banyak jawab soalan dan bertanya kat kawan-kawan yang ternyata hebat dan genius otak diorang. Alhamdullillah dapat keputusan yang agak baik 8A 2B. Tapi yang tak puas hatinya aku dapat B untuk Pendidikan Islam dengan EST. Logik ke??? Kebanyakan rakan-rakan berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Tahniah buat korang. Rasenya tak lama lagi diorang akan grad.



19 Januari lepas merupakan ulang tahun perkenalan kitorang. Malu aku nak mengaku yang dah agak lama tak jumpe dengan rakan-rakan. Sebenarnya sepanjang tahun 2010, cuma sekali dua je berpeluang join lepaking dgn futsal. Harapan aku, ade je event pape aku akan cuba sedaya upaya datang at least tunjuk muka la kan.  

Sekian,
MAJULAH SMSS0004 UNTUK NEGARA!


Saturday, January 1, 2011

2010 Wrap Up


Antara perkara aku buat sepanjang Tahun 2010:

SATU

Beli domain name: warriorgame.net, fashionnett.com, formulaim.com, closehigh.com

Antara 4 domain name tu, closehigh.com dianggarkan yang paling bernilai. Lebih kurang usd2,000

Skor A+ dalam domometer.com:  Domain name quality of closehigh.com 

Domain Appraisal by Estibot.com:  USD3,400

DUA

Kumpul duit bertunang. Kerja dalam masa setahun, 10.10.10 terus hantar rombongan merisik dan bertunang. Dijangkakan aku akan berkahwin pada March 2011.

TIGA

Bercuti dengan pakej apartment yang aku buat dengan tunangku.Usha apartment yang dibeli, so far semua  memuaskan hati. Target 2011 nak cari pelanggan untuk sewa penginapan kat semua apartment tu. Top destination is at Cameron Highland. Sangat dekat dengan ladang teh, pekan dan ladang strawberi.. Nak sewa, boleh tengok kat blog ni: PAKEJ-BERCUTI

Yang tak dapat buat sepanjang 2010:

Kenduri kahwin member-meber sekolah. Kepada geng-geng yang dah kahwin, aku minta ampun banyak-banyak sebab tak dapat datang wedding ceremony korang. Outstation yang terlalu jauh serta hal-hal  peribadi menyekatku untuk pergi meraikan hari bahagia korang. Bod, Shera, Izuana Ema, Safra dan  sesiapa lagi, aku mintak ampunnnn...

Yang Pergi Tahun 2010:

Pada 22 Disember 2010 tepat jam 1.00 pagi, nenek aku telah kembali ke rahmatullah. Mintak sesiapa yang terbaca blog ni, sedekahkanlah bacaan Yasiin atau pun cukuplah sekadar Al-fatihah untuk Almarhumah Hajah Minah Binti Kassan Tarmin.

Tuesday, December 28, 2010

Gambar Majlis Pertunangan 10/10/10

10.10.10 yang lalu aku telah pun selamat berkahwin bertunang. Cukuplah kiranya aku perkenalkan nama tunang aku Huda. Ni ade sedikit sebanyak gambar sepanjang majlis tu berlangsung.




Nampak macam Majlis Perkahwinan kan? Belum lagi. Tunang aku buat grand macam tu sebab dia anak bongsu. So, ape lagi. Habis grand la. Hahaa..

Lepas bertunang, aku pegi terus kursus kahwin selang 2 minggu. Tu pun lepas outstation ke Kedah. Hasilnya? dapatlah sijil kursus kahwin yang diiktiraf seumur hidup oleh JAIS. Kursus kat Shah Alam memang best. Tak ngantuk langsung. So, disarankan sesape yang berdekatan shah alam, pegilah daftar kat Bangunan Sultan Idris berhadapan Masjid Negeri.

Note:
dengar cerita tahun 2011 atau 2012 kursus kahwin dah jadi seminggu penuh. Macam Kem Ibadah. So, sebelum terlepas kursus yang sekarang ni 2 hari je, baik pegi join. Seumur hidup laku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...