Tuesday, February 1, 2011

Kisah Aku Masa Sekolah Berasrama Penuh Dulu


Dulu, tamat darjah 6, aku cuma dapat 4A 1B je. Untuk warga penduduk kampung, setakat 4A 1B dah boleh apply masuk SBP. SBP yang aku masuk tu terletak di Cheras bersebelahan Maktab Perguruan Ilmu Khas dan Sekolah Sains Alam Shah (dulunya Sekolah Alam Shah). Aku start masuk masa Form 1. Semua budak yang belajar kat sekolah wajib duduk asrama. SBP aku ni campur maksudnya ada laki dan perempuan. Ini antara ringkasan hasil aku duduk asrama selama 5 tahun. 

Masa Form 1 

2 minggu sekali mak ayah aku datang. Yela, anak sulong masuk asrama penuh. Mak aku kate aku penah nangis sebab homesick, tapi entahla. Perkara memalukan macam tu manela kita nak ingat. Hehee. Aku masuk rumah kuning iaitu 'Panglima' dan dijaga oleh Abg Zaifanie Mirza (sekarang dah jadi cekgu). Boleh kata selalu ade brader upper form datang kat blok form 1 (blok form 1 diasingkan atas tujuan keselamatan) pau makanan. Tapi yang bestnya diorang banyak cerita hantu kat kitorang sampai takut nak tido malam (siap rapatkan katil double-decker tu).

Masa form 1 ni banyak jugak 'ragging' nya. Paling tak dapat lupe bile member kena lempang sampai berdarah bibir. Ganas tol brader upper form mase tu. Pastu ade member kena sampuk sampai dia kate dia pandang kitorang semua takde kepala. Member tu budak rumah Pendekar (Hijau). Masa form 1 badan ku agak besar tapi kurang besar daripada Adrus dalam filem 'Tentang Bulan' tu. Kat sekolah nilah aku first time aktif bersukan. Dulu time sekolah rendah takat naik beskal round kampung je. Hehee.

Form 2

Masa Form 2, dah kena serap masuk duk dengan senior. Time ni kaw-kaw kena suruh macam-macam contohnya beli nasi kat kantin, basuh baju dan gosok baju. Aktiviti tegur-menegur masih berleluasa. Aku dapat duduk kat bilik yang penuh dengan AJK rumah Panglima. Memang Otai-otai belaka. Tapi aku respect diorang sebab adakalanya diorang pun bantu aku jugak. Ade sekali satu dorm tolong aku bagi idea nak wat lukisan. dan lastly, lukisan tu sekadar mampu mendapat A-, syukur Alhamdulillah. Aktiviti sukan masih seperti biasa, masih mencari sukan ape nak aku betul-betul serius menceburinya.

Form 3

Aktiviti basuh membasuh dah mula berkurangan sebab form 2 dah masuk. Lapang sikit masa yang ada. Masa ni masing-masing struggle nak hadapi PMR. dan syukur dapat No 1 Pringkat Kebangsaan bagi tahun 2002. Result aku Alhamdulillah dapat 8A. Masa ni jugak aku dah jumpe sukan yang aku rase aku boleh main iaitu Ragbi dan Basketball. Ragbi aku join sampai masuk Kejohanan MSSM Milo Bawah 15 Peringkat Kebangsaan di UUM Sintok, Kedah. Dapatla sampai Quarter-Final. Aku sekadar pemain gantian je. Jadila kan..Hehee..Basketbal pun masa Form 5 takat sampai Quarter-Final Peringkat Zon Tengah kat Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya. 

Form 4

Masuk form 4 dah mula pening dengan subjek yang agak sukar bagi aku. Add math, Kimia dengan fizik aku agak ketinggalan berbanding rakan yang lain. Tak pernah dapat B apetah lagi nak dapat A. siap kena kelas tambahan lagi. Time form 4 masih aktif bersukan dan ade jugak ikut pergi ke mana-mana kejohanan. Pemain simpanan je. Aku tak tau kenapa aku tak berapa rapat dengan budak-budak ragbi lain mase tu. Mungkin perwatakan yang pendiam kot. Tapi, tahun tu aku terpaksa declare dgn coach Cikgu Raja sebab mak aku tak bagi aku join lagi Ragbi. Sedih giler sampai tiap-tiap kali member berlatih, aku sekadar mampu melihat dari jauh aje. Time ni jugak aku dapat join Kelab Fotografi dengan jadi Pembimbing Rakan Sebaya. Pernah kantoi merokok jugak waktu ni.

Form 5

Waktu puncak alam persekolahan. Aku dilantik jadi Pres Kelab Fotografi, dan Pengawas sekolah gantian sebab ade member terpaksa lucut jawatan atas sebab yang tak dapat dielakkan. Kiranya, aku ni just pilihan terakhir lah. Hahaa. So, untuk persediaan SPM, semua Form 5 study kat dewan makan. Masih kena kelas tambahan lagi sebab keputusan yang langsung tak memuaskan. Banyak jawab soalan dan bertanya kat kawan-kawan yang ternyata hebat dan genius otak diorang. Alhamdullillah dapat keputusan yang agak baik 8A 2B. Tapi yang tak puas hatinya aku dapat B untuk Pendidikan Islam dengan EST. Logik ke??? Kebanyakan rakan-rakan berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Tahniah buat korang. Rasenya tak lama lagi diorang akan grad.



19 Januari lepas merupakan ulang tahun perkenalan kitorang. Malu aku nak mengaku yang dah agak lama tak jumpe dengan rakan-rakan. Sebenarnya sepanjang tahun 2010, cuma sekali dua je berpeluang join lepaking dgn futsal. Harapan aku, ade je event pape aku akan cuba sedaya upaya datang at least tunjuk muka la kan.  

Sekian,
MAJULAH SMSS0004 UNTUK NEGARA!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...