Tuesday, November 22, 2011

Masalah Air Tidak Bersih?

Saya tidak mahu mengupas mengenai masalah air tidak bersih yang berlaku di salah satu negeri di Malaysia kerana hal ini begitu sensitif memandangkan Air merupakan salah satu aset terpenting sesebuah negara. Air yang kotor dan tercemar dengan bakteria akan menyebabkan rakyat mudah mendapat penyakit. Rakyat yang sakit pula menyebabkan keselamatan dan ekonomi negara rapuh dan dengan senang akan diratah oleh kuasa-kuasa luar yang hanya menunggu masa untuk menjatuhkan sesebuah negara itu.


Kegagalan sistem pemprosesan air oleh pihak loji menyebabkan logam-logam berat tidak dapat dinyahkan dari air selain proses penambahan klorin yang tidak efisien menyebabkan bakteria tidak dapat dihapuskan. Ini menjadikan air yang sepatutnya menjadi AIR TERAWAT setelah diproses menjadi TIDAK TERAWAT. 

Selain itu, sistem pengagihan samaada di tangki-tangki simpanan air ataupun paip-paip penyaluran yang bocor atau paling teruk sekali pecah menyebabkan kehadiran bakteria dan logam-logam berat di dalam air yang telah dirawat. 

 kredit kepada Berita Harian


Apa yang perlu dilakukan oleh pihak yang berkaitan adalah kenalpasti dimana punca kesilapan samaada pada proses rawatan air ataupun semasa proses pengagihan. Setelah dikenalpasti, atasi dengan segera untuk kesejahteraan semua insan tak kira usia, umur dan latar belakang kerana semua kehidupan memerlukan air untuk hidup.

"Merawat Air Untuk Di Minum Adalah Satu Ibadah"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...