Thursday, August 4, 2011

Saya Sayang Malaysia

Bulan ni merupakan Bulan Kemerdekaan. Bagaimanakah kita sebagai warga Malaysia yang berwibawa nak menunjukkan kita Sayang Malaysia? Adakah dengan hanya meletakkan bendera Malaysia pada kenderaan, menghiasi rumah dengan bendera Malaysia atau memakai pakaian yang memaparkan kita Sayangkan Malaysia?


Bagaimana pula dengan minda kita sebagai anak Merdeka? sebagai Bangsa Malaysia atau pun 1Malaysia? Adakah kita telah bersedia dari segi mental dan rohani serta jasmani untuk mencapai Wawasan 2020 yang tinggal 8 tahun lebih saja lagi? 



Fikir maju kedepan agar kita Bangsa Malaysia (Melayu, Cina, Indian, dan pelbagai kaum lain) bersatu dalam menjana sosioekonomi negara dengan matlamat menjadikan Malaysia negara maju setaraf dengan Jepun yang pernah menjajah kita di suatu ketika dahulu.

Sekiranya tanpa reformasi, adakah tiada jalan lain yang boleh diadaptasikan untuk mengubah tatacara pimpinan serta pengagihan kuasa ekonomi dengan adil? Adakah kepentingan diri sendiri itu perlu diutamakan berbanding kepentingan Bangsa nya? Adakah Bangsa kita telus dan jujur diantara kaum yang berlainan? 

Ingat, Tuhan tidak akan mengubah nasib hambanya melainkan kita mengubah nasib diri kita sendiri, barulah Tuhan akan memberikan segunung bantuan untuk kita berjaya memajukan diri kita.


* pesanan dan persoalan ini adalah buah fikiran seorang hamba yang kerdil di bumi Malaysia ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...