Monday, January 10, 2011

Perusahaan Tanaman Pokok Karas 2011



Assalamualaikum.

Post kali ni nak highlight sikit pasal aktiviti bermanfaat di awal tahun 2011 ni. Aku dengan gembira campur takutnya masuk dalam industri GAHARU dengan memiliki hanya 10 pokok je. Mesti korang yang bace post ni tertanya kenapa 10 pokok je kan? sebab aku mampu beli 10 pokok je. 1 pokok ketinggian 4 kaki harganye rm9. Baja lagi. Tapi, bapakku telah pun beli 100 pokok. Mungkin adela syer aku nanti. Semua pokok karas ni nak tanam belakang rumah, belakang surau dan dikawasan lapang sekitar rumah atok dan nenekku. Adela dalam seekar.


Kawasan penanaman belakang rumah

Untuk makluman, akhir tahun lepas (2010) aku sempat join satu talk mengenai industri Gaharu dan baja kompos. Talk ni dianjurkan oleh Persatuan Peladang Bukit Badong dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Selangor. Ramai yang datang adalah dari kalangan warga emas. Budak-budak seusia aku ni takde yang datang. Mungkin sebab kerja dan tak dapat nak amik cuti. Thanks bos bagi cuti. =)

Ok, mesti korang nak tahu ape sebenarnya gaharu kan? Gaharu adalah sejenis minyak hasil daripada pokok karas yang merupakan salah satu daripada 8 spesis dalam genus Aquilaria. Pokok Karas yang menghasilkan minyak Gaharu. Jenis pun ada banyak, tapi yang aku beli adalah dari species Subintegra.


Kenapa aku berminat sangat dengan Pokok Karas? Kerana hasilnya iaitu MINYAK GAHARU.  Gaharu begitu tinggi permintaannya dinegara Timur Tengah dan juga negara lain seperti Taiwan, Jepun dan sebagainya. Gaharu dijadikan bahan pewangi, kemenyan dan digunakan dalam perubatan tradisional. Terdapat pelbagai gred kayu karas dan gred ini menentukan harga untuk dijual. Harga gaharu pula boleh mencecah RM20,000 sekilo  bagi  gred A. Harga minyaknya pula boleh mencecah RM12,000/1 tolla (lebih kurang 12mL). Sumber: Frim.gov.my

Apa khasiat pokok karas selain menghasilkan pendapatan lumayan melalui minyak GAHARU?
Ini dia, rebusan akar dan daun karas boleh digunakan bagi mengubati sakit perut dan ubat selepas bersalin. Air rebusan dari batang pokok juga boleh dibuat sebagai air mandian spa untuk melegakan ketegangan otot dan mengurangkan stress. Selain itu, ada juga yang membuat produk Teh Gaharu dari daunnya dan sabun.

1 Tolla Minyak Gahru

Untuk makluman, pokok karas ini mengambil masa yang agak panjang serta maintanance yang agak tinggi. Sekitar 5-6 tahun diperlukan untuk pokok karas betul-betul besar dan seterusnya proses suntikan inokulasi dapat dijalankan. Selepas inokulasi, lebih kurang 2 tahun, barulah pokok karas akan ditebang untuk mendapatkan teras gaharu. 
 
Perbelanjaan yang banyak adalah pada kos suntikan inokulasi dan pembajaan. Sebab itulah aku mulakan dengan 10 pokok je. Target biar besar 7 tahun lagi (umur aku 31 tahun) baru suntik inokulasi. Then, tunggu lagi 2 tahun baru tebang dan dapatkan teras gaharu.


 Harap-harap pelaburan masa panjang ni akan memberi pulangan yang setimpal selepas 8-9 tahun akan datang. InsyaALLAH. 

Sumber:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...