Saturday, January 1, 2011

2010 Wrap Up


Antara perkara aku buat sepanjang Tahun 2010:

SATU

Beli domain name: warriorgame.net, fashionnett.com, formulaim.com, closehigh.com

Antara 4 domain name tu, closehigh.com dianggarkan yang paling bernilai. Lebih kurang usd2,000

Skor A+ dalam domometer.com:  Domain name quality of closehigh.com 

Domain Appraisal by Estibot.com:  USD3,400

DUA

Kumpul duit bertunang. Kerja dalam masa setahun, 10.10.10 terus hantar rombongan merisik dan bertunang. Dijangkakan aku akan berkahwin pada March 2011.

TIGA

Bercuti dengan pakej apartment yang aku buat dengan tunangku.Usha apartment yang dibeli, so far semua  memuaskan hati. Target 2011 nak cari pelanggan untuk sewa penginapan kat semua apartment tu. Top destination is at Cameron Highland. Sangat dekat dengan ladang teh, pekan dan ladang strawberi.. Nak sewa, boleh tengok kat blog ni: PAKEJ-BERCUTI

Yang tak dapat buat sepanjang 2010:

Kenduri kahwin member-meber sekolah. Kepada geng-geng yang dah kahwin, aku minta ampun banyak-banyak sebab tak dapat datang wedding ceremony korang. Outstation yang terlalu jauh serta hal-hal  peribadi menyekatku untuk pergi meraikan hari bahagia korang. Bod, Shera, Izuana Ema, Safra dan  sesiapa lagi, aku mintak ampunnnn...

Yang Pergi Tahun 2010:

Pada 22 Disember 2010 tepat jam 1.00 pagi, nenek aku telah kembali ke rahmatullah. Mintak sesiapa yang terbaca blog ni, sedekahkanlah bacaan Yasiin atau pun cukuplah sekadar Al-fatihah untuk Almarhumah Hajah Minah Binti Kassan Tarmin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...