Tuesday, June 21, 2011

Who Moved My Cheese?

Who Moved My Cheese?: An Amazing Way to Deal with Change in Your Work and in Your Life
Who Moved My Cheese? mengisahkan mengenai 2 ekor tikus yang telah menjumpai satu stor cheese yang besar setelah jauh mengembara. Si tikus A dan si tikus B merasa nikmat yang amat sangat setelah menjumpai tempat tersebut. Setelah beberapa lama, stok cheese mereka semakin berkurangan. Hal ini membimbangkan mereka berdua. Si Tikus B mencadangkan mereka berdua mengembara lagi untuk mencari tempat yang lain. Si Tikus A tidak bersetuju dengan cadangan Si Tikus B. Akhirnya Si Tikus B pergi mengembara berseorangan. 

Setelah beberapa lama mengembara, Si Tikus B telah menjumpai tempat simpana Cheese yang teramatlah besar dan tidak akan habis selama beberapa abad. Inilah hasilnya apabila Si Tikus B ingin berubah dengan melakukan pengembaraan lagi untuk mencari stok makanan yang lebih banyak. 

Kisah ini mengisahkan supaya kita jangan sesekali berada di suatu keadaan yang selesa sahaja kerana dunia selalu berubah. Perubahan dunia akan turut menjejaskan kedudukan selesa kita itu. Jadi, cubalah berubah dengan mencari inovasi baru atau peluang baru agar kehidupan kita lebih selesa daripa yang sebelumnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...