Sunday, February 13, 2011

Minat Berniaga

Berniaga merupakan amalan Sunnah di mana Nabi Muhammad ade menyatakan bahawa 9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan. Memang betul kerana aku jua pernah berniaga. Pengalaman berniaga aku adalah menjual kasut melalui katalog semasa di UPM dulu. Untung runcit yang aku dapat hanyalah 20% daripada harga jualan dan aku hanya dapat memproses sedikit sahaja jualan kerana ketiadaan transport pada masa itu.

Setiap kali tibanya Thaipusam, aku dan bakal isteriku Huda akan bersama berniaga air. rumah huda berdekatan dengan Kuil Hindu di Kuala Selangor. Dalam masa sehari, dengan bermodalkan RM100, kami dapat untung bersih RM150. Syukur Alhamdulillah.





Selain itu, aku juga ada membuat freelance membekalkan klorin untuk kolam renang untuk golongan orang kaya yang mempunyai swimming pool di rumah mereka. Setakat ni baru ada 3 customer. Alhamdulillah, ade juga rezeki aku dalam berbisnes ni.



Dalam masa terdekat ni, aku dan Huda nak target mana-mana ekspo di universiti-universiti atau sekolah-sekolah untuk kami menjual makanan dan minuman. So, diharap jikalau ada rakan-rakan yang bercadang atau sedang dalam perangkaan untuk melakukan apa-apa event, jemputlah saya untuk membuka stall makanan dan minuman di event anda.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...